Daisypath Graduation tickers

Friday, January 10, 2014

my point of view?

recently aku ada terbaca status kenalan aku dekat laman sosial. tak perlulah aku nak cakap siapa yang empunya status itu. yang baik dijadikan teladan, buruk jadikan teladan.

aku bukan nak mempersoalkan apa yang dikatakan dekat status terbabit, tapi jauh didalam lubuk hati aku, ingatlah wahai adik adik yang umur jauh dari muda dari aku, jangan jadikan alasan putus cinta sebagai benda yang seolah olah paling menyakitkan dan ujian yang terbesar dalam hidup, ada lagi orang lain yang jauh lagi besar dugaannya dalam hidup ni bukan semata mata sebab putus cinta atau apa. awak tu muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup ni. yang ada ibu bapa tolonglah, tolonglah hargai mereka. jangan langsung ketepikan mereka. kasih sayang mereka terhadap kita jauh lagi besar berbanding dengan kekasih awak yang baru je kenal entah berapa hari, berapa minggu, berapa bulan.

dan aku tengok, status tu macam terlalu give up, terlalu sedih seolah olah benda tu boleh bawa kepada mati.

please open your heart, open your mind. tak salah aku nak cakap kat sini, aku dulu pun bukan lah tak pernah lalui semua ni. aku dulu pun pernah melalui zaman remaja tu semua. hehe. so sekarang ni nak cakaplah aku dah besar? ok main main je. but please, ada banyak benda lagi yang kita belum explore dalam hidup ni. ada lagi cabaran yang Allah nak bagi kat kita yang kita tak tahu boleh hadapi atau tidak.

aku bukan nak bermegah, nak canang satu dunia aku ni kuat.
tapi aku rasa benda ni terlalu remeh untuk dicanang satu dunia, untuk dipertontonkan oleh orang.

bye

No comments:

Post a Comment