Wednesday, January 1, 2014

hai 2014, bye 2013

2013


banyak benda yang berlaku dalam hidup aku.
salah satunya adalah pemergian mama. aku tau itu ujian untuk kami sekeluarga.
tulang belakang dalam hidup aku telah pergi buat selama lamanya. 
sedih, tapi aku harus bangun. 
tanggungjawab semakin berat, tapi aku mampu aku boleh buat. :)
hari tu pergi kubur mama, mula mula bawak athirah sebelum dia balik ke utm, sebak.
aku tak mampu nak berlakon depan athirah. akhirnya air mata jatuh ke bumi jua. athirah nampak tenang.
selang beberapa hari aku melawat kubur mama lagi. ya Allah aku rasa tenang sangat ada disisi kubur mama.
harith aku bawak sekali. datang2 je kubur mama, dia terus baca surah Al Fatihah. aku sebak lagi. syukur aku masih tahan dari terus mengalirkan air mata.

harith, dia nampak tenang, aku tak pernah nampak dia menangis sebab rindukan mama. 
kadang2 adalah dia menangis sebab kena marah dengan ayah. biasalah anak lelaki. hehe.
aku sebagai kakak tak mampu nak faham perasaan dia. maafkan akak, harith. 
dulu dia selalu manja dengan mama. sekarang dah tak lagi.

..................................................

kata kata orang aku tak boleh tepis. aku tak boleh nak nak bercakap balik. yang aku mampu hanya mendengar, hanya berdiam diri. bukan tak boleh bercerita pasal arwah mama, tapi kalau dah selalu bercerita, aku jadi lemah, aku jadi dying inside walaupun aku nampak tersenyum. 
semua orang sayang dekat mama, semua orang rindu dia. 
bila aku ada kat rumah, hati jadi lagi rapuh, di setiap sudut rumah ada muka mama. 

keadaan aku balik ke rumah minggu lepas tak sama seperti yang sebelum ni. masih terngiang ngiang suara mama, muka mama bila aku ada dirumah. air mata lantas jatuh lagi. 
dapur, ruang tamu, belakang rumah semua ada mama. 
aku cuba untuk tidak menitiskan air mata didepan adik2 aku.
walaupun susah, tapi aku cuba.

minggu lepas waktu aku balik, banyak benda yang berlaku sampai aku rasa fed up dengan hidup ni.
tapi Allah ada. berserahlah kepadaNya inshaAllah jalan itu ada. 
kadang2 aku tertanya, aku ni kuat ke? dulu aku tak macam ni. 


mama, 
minggu depan akak final exam. selalu mama ada, akak call mama suruh mama bagi semangat kat akak. sekarang mama dah takde, boleh ke akak go through benda ni? dulu mama pesan jawab betul betul masa exam. akak akan pegang benda tu sampai bila2.

...................................................................................

2014

semoga aku menjadi lebih kuat.

internship.

graduation day (insha Allah)

kerja.

buat orang sekeliling gembira

do the best for final exam



good luck to myself.  


2 comments: