Friday, November 29, 2013

thesis oh thesis

hai. tatkala orang lain sibuk nak siapkan thesis. aku still gagahkan diri untuk update blog.

mihmih. close enough.

sebab mata aku dah juling tengok jurnal, so let's get started.

thesis? ape tew?
ramai orang yang tak cukup tidur kerananya.
ramai orang yang tak lalu makan kerananya.
ramai orang yang mandi tak basah kerananya.
lebih kurang macam orang bercinta. ah. amende ntah.

hari tu aku ada mesej SV aku, Prof M.
disebabkan aku perlukan tanda tangan dia untuk pengesahan membuat analisis untuk sample aku dan memerlukan geran (duit) *satu sample rm42, aku ada dua sample. kira sendiri.
so aku mesej la dia, pot pet pot pet tulis mesej, ada la sejam aku fikir ayat nak mesej dia macam mana. bapa gelabah. akhirnya butang send aku tekan jua. no smiley, no hehe, no haha.
gilo apo nak buat macam tu kat orang atasan?

akhirnya berapa minit kendian, she replied.
and she said, " i cannot approve until i see what you have done. now, i'm out of country".
dan aku macam adkjdshjlskjdsjkdfhbv ape semuaaaa ni, dunia dah berakhir, macam mana nak buat analysis, bla bla bla, mengomel sendirian.
mood sedikit swing, tapi takdelah sampai nak baling kerusi kat rumet sendiri.

lepas tu aku bawa diri ke lab dengan perasaan yang hampa.
tak tau nak buat ape, so aku duduk je kat lab tu main fb.
tak lama lepas tu, aku pun mengadu la kat kawan aku yang satu SV ngan aku. diorang pun macam aku jugak, sedih, tak tau nak buat apa.
lepas tu aku terfikir, boleh tak guna duit sendiri buat analisis tu? boleh enggak?
yang si kawan aku sorang ni takut kalau buat main redah je, tanpa pengetahuan prof, memang dia merajuk, tak nak tanda thesis cemana? cemana weh?

termenung lagi.

tak lama lepas tu, kawan aku dapat satu call dari PA prof, aku dah cuak dah.
ni prof marah ke aku msj dia sebab dia kat obesi, ke aku kacau dia, sebab time aku mesej tu pagi, mana tahu kat sana tengah malam buta sesuka hati aku msej dia. kahkah.
jantung aku macam nak gugur je.
lepas2 je call tu, dia cakap suruh jumpa Dr dot dot ni pukul 3.30 ptg.

pukul 3.30 petang tu, bergerak lah kitorang pergi ke fakulti.
masuk2 je bilik dr tu, dia tanya.
ape sebenarnya masalah korang ni? *FYI: dr ni student Prof masa buat PHD.
peh.

so, kitorang pun explain lah satu2 apa masalah kitorang.
and tak sangka, dia baik orangnya. dia explain satu2 apa yang kitorang patut buat lepas ni.
pheww, kalau lah dr ni wujud dari awal lagi.
KALAULAHHHH.

so settle satu masalah. kitorang hantar sample kat dia, nnti dia yang buat analisis tu.

pengajaran dari cerita ni, kita kenalah bersabar, tak semestinya kita akan dapat penyelesaian tu dalam sekelip mata. nak berjaya tak mudah weh.

so, next week thesis will be submitted.
dan aku punya result tergantung lagi disebabkan result analisis tak dapat lagi. nak analisis ape? analisis pokemon?

kawan aku ramai yang tak tido, ramai yang menangis, ramai yang demam2 disebabkan nak siapkan thesis ni.
aku? fikirlah sendiri. hahahaha.

okbai. selamat malam.




No comments:

Post a Comment