Saturday, October 19, 2013

cerita minggu lepas

weekend.

tak tahu nak buat ape. tak tahu nak tengok cerita apa. hambar punya weekend.
padahal test, kuiz bertingkek tingkek.

so, let's move on composing a new entry. muahahaha.
cerita ni berlaku last week. tak taulah nak kategorikan cerita aku ni kelakar ke, sedih ke, aku pun tak tau.

jap nak gelak kejapp. HAHAHAHAHA.
pada mulanya si fatehana mengajak aku dan meow (bukan kucing) ke rumahnya untuk lepak, makan makan begitu juga nak bagi cerita gumiho (dah berkurun cerita tu dan aku baru habis tengok minggu lepas). masing masing takde hard disk, so nah, berejam aku transfer cerita tu via pendrive.

so, bergerak lah aku kerumah fatehana. sebelum tu aku kena amek meow dulu.
disebabkan aku tak reti nak drive kereta, so aku decide nak naik motor.
masa aku nak check minyak ada ke tak, mak aku lantas berkata, "tak payah nak diperiksa minyak tersebut, cukup je sampai rumah fatehana tu" skema nye ayat lulz. lebih kurang begitulah ayat mak aku. mak aku tak tau aku kena amek meow dulu. rumah meow agak jauh dari rumah aku. masa tu mak aku baru balik dari yasinan menaiki motor. jadi aku yakin minyak cukup secukupnya. mungkin boleh sampai KL.

lepas dah amek meow tu aku tunggang motor dengan muka riak ala ala muka rider. puihh sepuihh puihhnyaa nak jadik rider kunun. *klimaks* lebih kurang dalam setengah km nak sampai rumah fatehana tu, aku rasa macam ada something kat motor aku. tersengguk sengguk. aduh, kenapa pulak ni. detik dalam hati aku. meow steady je kat belakang hahaha sambil menghirup udara segar ketika naik motor.

ngam ngam sampai jambatan biru lagi sikit nak masuk rumah fatehana, enjin mati secara tetibe. ahh, sudah. nak kata minyak habis, mak aku cakap ada lagi. takkan rosak enjin pulak. maklumlah aku kan noob pasal motor, heh segala jenis kenderaan kau noob. eheheh. masa dah terberhenti tu aku tak fikir apa dah. aku cuma gelak dengan meow. hahahahahahahahaha. nak start balik motor pun tak boleh.

tapi aku yakin, motor sedang kehabisan minyak. aku tak tau nak pikir apa dah so aku call Fatehana, lagipun dah nak sampai rumah dia kan? belum sempat cakap aku dah gelak macam orang gila. fatehana pun sama. meow begitu juga. sementara tunggu fatehana sampai dengan kereta dia, aku dengan meow decide nak sorong motor sampai rumah dia. dengan muka malunya, dengan tengah ada lembu. meow pakai baju merah, aku jadi risau. sambil tu boleh gelak lagi. tragis dan dramatik bak hang cerita aku ni. jadi aku dengan meow lelaju lah sorong motor.

tak beberapa lama kendian, fatehana pun sampai, dari jauh dia hon aku sambil gegelak macam tak pernah gelak selama ini. takpe, aku paham keadaan dia. motif telepon fatehana lepas tu suruh amek kitorang? sampai sekarang aku tak dapat nak fikir dan selesaikan sebab masa tu tinggal berapa cm je nak sampai rumah dia. kahkahkah sangat weh. lepas tu dia patah balik. kitorang still sorong motor tu. bersenam katanya.
sampai je rumah fatehana, aku ngan meow macam orang yang baru lepas balik dari lari marathon 100km. penat.. gila..

fatehana masih lagi gelak. dia tanya kenapa? aku cakap habis minyak kot.
dia gelak lagi.

lepas beberapa minit tercungap cungap.
fatehana hidangkan kami dengan spagheti. fuyooo.
sedapppppp!
meow nampak bersungguh ketika makan. kesian dia. kena sorong motor dengan aku.
lepas tu kan, hahahahahaha.

adik fatehana belikan minyak. masa nak masukkan minyak tu, kok kuncinya bengkok.
walahhhhhh. dengan mak ngan adik dia sekali gelak. so, tak boleh nak masukkan minyak. (motor aku manual, bukak tempat duduk tu kena bukak pakai kunci).
aku tak tau nak buat apa. masa tu dah nak dekat maghrib. apalah nasib aku lahai. nasib baik dekat rumah fatehana. kalau rumah orang lain?

masa tu ayah fatehana dah nak g masjid dah. tapi ayah dia sempat tanya kenapa. ayah dia turut gelak bersama. dalam kepala aku, aduhai menyusahkan ramai pihak. sama ada nak pergi kedai kunci nak betulkan kunci atau ayah dia yang betulkan kunci yang bengkok. huk aloh sangat.
rasa bersalah menyelubungi diri.
jadi aku solat dulu dekat rumah dia.
dari depan dah bunyi keletang keletung keletang keletung agaknya tengah betulkan kunci yang bengkok tu.

masa tu dah malam, so aku takut nak bawak motor.
aku call mak aku. confirm aku kena bebel. call adik aku pulak jemput aku. dia ugut suruh belanja cool belog. rasa nak ketuk kepala dia. tapi aku ikotkan je.

sementara tunggu adik aku sampai, kitorang tengok gumiho episod satu.
hahahaha. sambil berbalas tweet sesama kami menggunakan wifi rumah fatehana. kahkah. seronok!.

lepas tu dengan mak mak aku sekali ikot amek aku. hahahaha.


pengajaran: jangan lupa check minyak cukup ke tak sebelum keluar rumah.
gambar takde. hahahaha



No comments:

Post a Comment