Sunday, November 17, 2013

khas buat mama.

khas buat mama.

mama, tanggal 22 Oktober 2013, jam 11.50 malam, mama pergi meninggalkan kami.
petang tu akak sempat berborak dengan mama.
mama kelihatan sihat cuma lemah sedikit.
mama ada pesan sebelum datang hospital, bawakkan surat khabar metro, mama dah lama tak baca surat khabar. maafkan akak mama, akak tak dapat nak tunaikan permintaan mama sebab akak lupa.
mama ada pesan masa dekat hospital, jaga harith, athirah, ayah.
teruskan apa yang mama usahakan selama ni.

mama ada tanya, kenapa susah2 balik?
mama sihat je ni.
akak tak dapat nak bendung kesedihan akak lepas akak tengok banyak wayar dekat dada mama. banyak kali mama pegang dada, urut dada. akak nak menangis depan mama masa tu, tapi akak tahan. akak tak nak mama sedih, ganggu degupan jantung mama. maafkan akak sekali lagi mama, akak menangis depan mama jugak akhirnya.

akak terkilan kenapa akak tak dapat jaga mama malam tu. kenapa?

mama, maafkan akak sebab selama mama hidup, akak banyak buat salah dengan mama.
kadang2 buat mama sedih. akak bukan akak yang baik, bukan anak yang baik.
terkasar bahasa dengan mama, tak satu pendapat dengan mama.
mama, akak rindu dengan mama sangat. sangat.
tapi akak kena redha, kena kuat demi ayah, harith, athirah.

mama tak pernah cakap mama sakit selama ni.
mama selalu cakap mama tak apa2, mama ok je. kenapa mama tipu?
mama selalu senyum, tak kira orang buat mama macam mana.

terima kasih mama, terima kasih diatas segalanya. besarkan kami adik beradik. bagi kami segalanya.
maafkan akak sebab tak dapat nak bagi mama tengok akak konvo.
hari tu mama banyak kali tanya bila akak konvo kan?
maafkan akak sebab tak dapat nak balas jasa mama selama ni bersusah payah besarkan kami, lahirkan kami.
ya Allah, tempatkanlah ibuku dikalangan orang yang beriman, dikalangan orang yang solehah.
sungguh aku berharap padaMu ya Allah.
kini aku hilang tempat mengadu.

maafkan akak mama.

akak terasa sangat kehilangan mama.
akak tengok balik album mama dengan akak masa kecik kecik dulu.
airmata akak tak berhenti mengalir.

akak tahu mama tenang disana. mama bahagia dialam sana. Allah dah jaga mama dengan baik.
takpe, mama selalu ada dalam hati dan fikiran akak.
kalau akak pergi mana mana, wajah mama tak pernah terpadam. mama selalu senyum kat akak. dari kejauhan. akak tahu tu.

akak tahu tanggungjawab akak sekarang, jaga adik adik, ayah, atok.
atok pun rindu sangat dengan mama. selalu sangat sebut nama mama.
harith baru dapat result UPSR hari tu. Alhamdulilah, harith dapat 3A IB IC.
penat lelah mama hantar harith pergi tusyen selama ni berbaloi juga.

harith ada cakap nak pergi kubur mama nak tunjuk slip result UPSR.
akak tahan sebak didada. kuat ke harith nak pergi kubur mama?

mama, dah berapa hari ni akak selalu mimpi mama. tadi akak mimpi dapat cium tangan mama. hari tu akak mimpi tengok mama senyum dari jauh. terima kasih mama datang dalam mimpi akak.
mama tahu kan akak selalu rindu kat mama.
melayan karenah anakmu ini, betapa kuatnya dan sabarnya hati mama.

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku.

Alfatihah.

Jamilah Bt Madon (1965-2013).

gambar terakhir bersama arwah mama. :'(


semoga mama tenang disana. satu hari nanti kita pasti berjumpa lagi. :')

2 comments:

  1. semoga mama tenang di sana.selalu sedekahkan doa dan yassin ye shahreen. :)

    ReplyDelete
  2. inshaAllah. semoga mama ditempatkan bersama mereka yang solehah. arwah mama dalam kenangan.
    aku sediakan bahu untuk kau pinjamkan. aku sediakan ke dua tapak tangan untuk mengaminkan doa untuk mama. hanya itu aku mampu. =)

    ReplyDelete