Tuesday, July 30, 2013

perihal acha

How I deal with breakups

kihkih. esok balik kampung nak beraya weh.
tapi aku pun tak tahu apa kaitan gambar ni dengan balik kampung lulz. 

eksperimen aku tak habis lagi, tapi takkan lah aku tak balik kan? op kos la kena balik sob sob even aku bengang dengan diri sendiri atas kecuaian diri sendiri, tssk tssk. haa ayat ni baru sesuai dengan gambo ni. kahkah.  

lupakan pasal kecuaian diri sendiri yang overloaded dan kebengangang *macam bangang je bunyinyew. mari kita move on pasal benda lain. 

acha request nak cerita pasal dia. siap request engko. mesti dia bengang dengan ayat ni. haha
well, aku jumpa dia masa aku mula mula masuk ump. masa minds. minds tu hape? minggu induksi siswa, alah masa kita mula mula masuk u, mesti kena orientasi nangis nangis kena rushing sana sini kalau tak kena marah dengan faci. HAHAHAHA. memori tu weh sekarang dah tua bangka. 

acha atau nama ic dia natasha ain jamian seorang yang kelakar orangnye. kalau kau seharian bersama dia aku gerenti pipi akan sakit sebab gegelak je. ke aku sorang je gelak macam tu sebab aku ni suka gila gelak macam tut tut tut. hehe. yang penting dia ni baik orangnye, dia selalu tunjuk jalan yang benar kat aku tatkala aku simpang tersasar jauh atau blur tahap tak dapek den nak tolong aih. 

kadang kadang kan kalau aku tengah nangis. ceh ciwek. bukan cewek. dia selalu pujuk aku. pujuk dengan kata kata yang boleh buat kau nak gelak disaat kau tengah menangis sampai basah bantal, yelah nangis mesti kena tutup muka dengan bantal, nak cover. kahkah. malu dul. last last aku tak jadi nak nangis lantas ketawa sambil mengeluarkan air mata. *teringat masa aku nangis sebab tak dapat supervisor untuk PSM dan lain lain kejadian.


curik gambar dekat fb atas izin tuan punya gambo


sebenarnya kan, aku wonder,macam mana acha dan kawan kawan aku yang lain boleh endure dengan perangai aku yang blur serabut, clumsy, dan heh macam ni. aku sendiri pun tak tahan dengan perangai sendiri apatah orang lain. haha. well, aku bangga ada kawan macam diorang. tanpa diorang sape lah aku ni bagai melukut ditepi gantang. 

back to acha, dia anak keempat dari lima adik beradik dan adik beradik dia semua perempuan. wow. sebab tu fb dia nama acha achik. *saje promote. kahkah. acha tinggal dekat serom 4, dekat la dengan kawasan rumah aku, ehem tapi kalau raya aku tak reti reti nak beraya rumah dia tapi raya tahun ni insha Allah kot aku pergi. acha selalu balik naik bas sekali dengan aku kalau balik kampung so dia tau aku selalu tidur secara automatis kalau aku balik naik bas, lagi lagi aku akan pura2 tidur kalau lalu jalan segamat. macam ular kena pukul bak hang! pening nak rak kepala aku, tapi acha tetap chillax dan tak pening pening kepala dia. sebab aku tak makan sayur kot sebab tu cepat mabuk kalau dalam bas. 

satu benda aku respek pasal dia, dia nampak cool je kalau ada masalah pun kita tak boleh tahu. kalau aku sikit sikit nak nangis, nangis nangis nak sikit. acha dulu matrik negeri sembilan, exstudent MRSM muar. hoi dah macam buku biografi dah aku rasa. haha. ape lagi ek, dia jugaklah yang make up aku time dinner fakulti. ohoi. cun bukan. bluekk kemuntahan secara automatis. walaupun aku anak sulung, banyak benda aku tak tahu pasal hal hal fesyen. eh apa kaitan lagi. anak sulung, fesyen? krik krik. dia boleh dikatakan memang sedap je mata memandang kalau pakai apa apa. cun gitu. *puji lelebih ni dah kenapa. 


ohoi! lawanye kawan itew sorang ni. haha

sampai sini jelah aku soh seh soh seh. esok pagi nak balik dah. akhir kata, i'm proud for having you as my friend acha. terima kasih selama ni jaga aku, tunjuk ajar aku, buat aku gelak tak henti henti, ajar aku subjek yang susah gila dan pujuk aku time aku down, ada masalah. dan tak lupa juga kadang belanja aku. hehehehe. halalkan makan minum aku, maafkan semua salah silap aku. love you acha. selamat hari raya maap zahir batin. raya ni jangan lupa ek raya rumah aku. 

p/s: acha single lagi. muahahahaha.

p/p/s: selamat hari raya maaf zahir batin, bye bye lab dan ump, sem depan jumpa lagi.








2 comments: