Daisypath Graduation tickers

Thursday, July 4, 2013

nyam nyam

hai. 

agak lama ye tak mengeupdate belog ni. heh, habis rosak bahasa. 
yelah, lepas final tu aku macam agak sedikit rebel dengan diri aku sendiri. entah. kenapa. soalan final semester ni memasing tak nak tolong aku. haihh kecewa dengan kau final exam. 

lupakan pasal final exam. benda lepas jangan dikenang. 

dan sepatutnya sekarang ni aku like a bauseee dekat rumah tu, tapi apakan daya disebabkan PSM, final year project, aku kena stay dekat yuempi tercinta, pengarang jantung pisang tanduk. siapkan experiment. peh, tersiksa jiwa raga aku. jiwa raga lah sangat. puihh. yelah lepaih ni kan aku dah jadik super senior, tapi muka maintain junior. ahh, rasa nak muntah bergelen gelen. bluekss sangat uolss. HAHAHAHA. maafkan aku. 

lepas final exam aku aku balik sat, lepas tu 1 julai aku check in dekat kolej kediaman 4, as sebelum ni dah tiga tahun aku penetap setia dekat kolej kediaman 3. kolej kediaman 3 ni dekat sikit dengan fakulti, tempat cucuk duit, nak pergi kelas pun agak. disebabkan merit aku tak berapa nak memberangsangkan, aku pun kena stay kat kk4 yang agak jauh, yang kena naik jejantas kalau nak melintas. tapi, tapi yang penting, sumber makanan paling senang nak dapat. kahkah. dasar perut gajah pentingkan makanan. 

so berkampunglah aku di kk4 bersama sama acha, ira, dengan jijah. rumet lama aku semua dapat kk1, dekat dengan kk3. tapi aku rasa jarak lab dengan kk4 taklah jauh sangat, cuma kena nyeberang jalan je. 

dekat kk4 ni ada satu kedai runcit yang diuruskan oleh dua orang cina yang mukanya agak bengis, tapi aku percaya dalam hati ada taman tuh. selama kitorang kat sini, entah macam mana timbul satu habit nak beli nyam nyam, alah, makanan bijirin nasi yang dicecah dengan cokelat. throwback dulu masa kekecik aku suka makan benda alah tuh. jarang tau uolss ada kedai jual nyam nyam ni, entah2 gedung besar macam giant tu takde jual. kahkah. mampuih kalau giant tahu aku cakap cemnih. 




wow, sedap bukan? 

tetiap hari kalau boleh nak beli nyam nyam. cuma hari ni je tak beli, besok? mungkin beli. aku rasa peruncit cina dua orang beradik tu dah boleh cam kitorang beli nyam nyam. ada satu hari tu aku bolak balik nyam nyam sebab nak carik yang cokelat, yang ada masa tu strawberry, manalah aku suka hoi. aku rasa dia aim kitorang pasal tu kot. eh, kitorang bayar hokayh? *emo tetibe disebabkan satu nyam nyam


seterusnya, aku tak tau bila boleh siap eksperimen aku tu, bila aku boleh balik rumah dengan perasaan yang tenang, bila aku boleh sambut puasa dengan family aku. haihh pathetic sungguh bila aku imagine dengar lagu raya sambil buat eksperimen. kahkah. tapi kita kena fikir jugak aku orang yang lagi susah nak balik rumah contoh orang yang study, kerja dekat oversea. kan? 

doakan kami boleh settlekan eksperimen ni cecepat, dan get ready nak tulis thesis sem depan. may Allah ease everything. amin. 



No comments:

Post a Comment