Thursday, May 30, 2013

pengalaman tengok bola untuk kali pertama

assalamualaikum.

hew hew hew. dah tiga tahun menetap dekat Pahang ni, baru lah ada chance nak jejakkan kaki dekat Stadium Darul Makmur, and it's all thanks to anis sebab provide tiket untuk kitorang. kalau tak, memang tak merasa laaa den hoi nak tengok match bola depan mata. ni macam dapat duit dari langit. *ape kaitan.
lagi lagi negeri asal aku, Johor, (bangga nya bila sebut negeri sendiri) lawan dengan Pahang dekat situ.
rezeki jangan ditolak, ye dak?

walaupun petang sebelum match tu hujan, petir, guruh, semua ada. dan juga sempat pula buat kuiz, kepala dah tak ingat ape dahh, ingat nak pergi tengok bola, bola dan bola. tengok soalan pun dah macam nama pemain bola, tengok lecturer dah macam pengurus bola, tengok kawan sekuliah dah macam referee, ape ke pelik aku punya berangan ni. haihhh, tak lama lepas tu, Alhamdulilah, awan kembali berarak ke tempat lain dan mencurahkan hujan ke tempat lain pulaa. cuaca kembali tenang. masa on the way nak ke Kuantan tu kemain lagi engko jam, sesak bak hang! belum sampai suku perjalanan dah stuck dekat depan tunas manja, ke tunas mart ape ntah, kahkah. adalah dalam 45 minit stuck dekat jalan raya. disebabkan semangat berkobar kobar kitorang mengalahkan orang nak pergi kahwin, kitorang tak kisah, teruskan jugak perjalanan.



hewhew, sekarang tiket ni still ada kat aku. 



sebelum match, masa tu aku duduk je. tak memasal ambik gambar belakang orang. sorry bang.




elelehh, muka orang tak pernah tengok bola. HAHAHA.


nak dijadikan cerita, kitorang berkejar jugaklah nak solat maghrib dekat mana sebab rumors cakap kitorang kena masuk stadium awal, lepaih je amek tiket kitorang solat dekat UTC, alah, bangunan yang baru buat ganti tempat stesen bas dulu. sekarang bangunan dia lawa gilos. OK. back to the story, dah selesai solat semua, apa lagi bergegas kitorang ke stadium, tak jauh pun, sekangkang kangkung je. punya la semangat sampai terpijak kasut ira lantas terpelanting. hahaha. maaf ira. 

dah masuk stadium tu, serius terus meremang bulu roma aku tengok. RAMAI SANGAT ORANG! memang lah ramai, dah nama stadium kan? mula mula agak terpinga pinga jugak kitorang sebab first time datang stadium, first dalam pikiran aku nak duduk je. maklumlah badan dah kerepot kena banyak rehat. punya lah carik carik, ok. dah dapat. duduk dekat mana? of course lah belah fans JDT. ekeke. dah duduk tu, fans JDT pun start lah sorak sana sini, aku tukang tepuk tangan je, orang suruh tepuk, tepuk, orang suruh angkat tangan, angkat, orang suruh berdiri, berdiri. tapi the best moment ever, nyanyi lagu negeri johor dinegeri orang, such an experience that i'll never forget. serious. rasa bangga, rasa terharu. satu perasaan yang sukar diungkap lagi menggambarkan. *ayat tunggang langgang.abaikan. then, berdiri sama sama dengan rakyat johor yang datang dari jauh semata mata nak support pemain JDT, memang awesome gila lah. 

masa duduk tu nampak lah pemain bola sedang panas panaskan badan. buat exercise sikit2. 
kedua dua fans pun still tak putus putus bagi kata semangat, sorak sana sini, memang bising. tapi dah semangat kan. tak peduli pun bising ke, sampai ada orang belakang aku sorak sampai nak pecah gegendang telinga aku, sampai nak pecah kepala pun ada jugak. tapi aku sengeh je macam kucing nak terberak, eh, cakap pasal kucing, tengah kecoh kecoh tu boleh pulak nampak kucing pergi tengah tengah padang, korek korek, lepas tu berakkk. HAHAHAHAHA. masa tu padang tengah clear, tengah nak get ready nak main je.

tapi kan, tapi kan, mula lah babak babak yang merobek hati. sedih. entah sapa punya angkara, ada orang baling batu dari bawah terkena fans dai johor. masa tu Allah je tau perasaan aku bila semua orang tengah lari selamatkan diri. takut. tu je yang mampu cakap, aku, ira, anis, acha dan juga mira lari untuk dapatkan perlindungan. yelah, kena baling batu dari bawah, of course terluka sebab momentum batu dari bawah tu laju dan daya yang kuat mampu untuk mencederakan diri sendiri. *hambek, keluar konsep pizik.
last2 end up nyorok dekat satu stor bawah stadium. tu jelah kot selamat. wakaka.

siap rempuh pintu kat bawah stadium tu. 

masa tengah sibuk2 menyorok tu, ada ramai mak cik bawak budak kecik. kesian. ada yang terkena batu, budak kecik lagi. ada yang nak terpengsan, maybe sebab ramai orang rempuh2 nak selamatkan diri. sampai nangis budak tu. kejadian ni memang patut tak berulang lagi.

lepas dah reda sikit tu, kitorang jenguk2 jelah dekat luar keadaan dah ok ke belum. ok. ramai lagi kat luar tu tengah kecoh kecoh, kitorang just standby je kat depan pintu stor tu nak selamatkan diri kalau ada pape berlaku. dan sempat amek gambar. 




muka tenang. kihkih

disebabkan hal ini berlaku, maka perlawanan pun ditangguhkan ke hari lain. havoc gila punya suasana, kalau sambung jugak game, aku tak tau laa nak cakap camno haa. punya lah frust menonggeng aku. haihhh.
tapi takpelah, takde rezeki. uhuk uhuk. 

maka, fans dari pahang keluar dari stadium dulu. fans johor stay back sekejap bila dah reda sikit, baru keluar dengan bantuan polis. Alhamdulilah. nothing was happened to us. masa tu, aku kira kira adalah dalam pukul 12 malam. sebelum keluar tu TMJ bagi jaminan keselamatan kepada rakyat johor yang ada kat stadium tu. salute habis kat TMJ ni. maka, dengan perut lapo, dengan muka penat macam nak meroyan, stay la kitorang dekat tengah2 padang tu sampai keadaan betul2 ok. 









aku rasa kalau tak jadi keadaan macam tu, memang tak meraso lah den nak bergambar dekat tengah padang tu haaa. perut aku nampak buncit. abaikan. 

nasib baik dalam perjalanan ke luar stadium tu ada orang escort, kalau tidak, tak tahulah. 
terima kasih. pergi pergi je dekat carpark, Ya Allah, burung pergi berak kat atas kereta. dah lah kereta sewa, amboi burung, ko pun nak protes jugak ke? ok, ini kontroversi. 

malam malam mana ada tempat cuci kereta, yang automatik bayar rm5 pun tutup. mesin pun nak berehat jugak. iyelah tu. 

tapi kan, ramai jugak student UMP dekat sana, aku nampak ramai kelibat student UMP, rata rata yang aku nampak fans Johor. ekeke. hidup JDT! *tetibe. 

hambek, besok nye ada kuiz. dah la tak menelaah lagi. memang esoknye aku jawab macam kacang goreng. maknanya menyanyah jelah dekat kertas medicinal chemistry tu. habislah. done.
oklah, aku rasa ni entri aku paling panjang sepanjang aku buat belog ni haa. 

selamat malam.
pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup aku. 
memang aku nak ceritakan dekat anak cucu aku bila aku tua nanti.
hehe.
tapi aku tak rasa serik nak tengok match bola lagi even rasa takut still ada.
go JDT go! luaskan kuasamu harimau selatan. yeahh! 

bye, assalamualaikum.



1 comment: