Monday, April 9, 2012

mid term holiday!

Lama dah rase nye aku tak update blog ni. Aku janji nak update dua minggu lepas lepas test, tapi... macam malas pulak tangan ni nak taip. Ingatkan nak berjimba lepas test mid term, sebab test bapakkk susahhhh gilerrr.. and then, finally aku layan runningman.

Guess what?  Masa aku tgh taip ni aku tengah kat rumah. Nak update kat rumah line internet sangatlah macam sipot ssedut serawak. Aku sebenarnya tak tahu nak update ape, tapi tgk blog yang lama terbengkalai, dengan iklan nuffnang entah kemana. Uh, aku seorang yang noob. =.=

Aku bosan duduk rumah? Agaklah sebab pagi aku kat rumah seorang diri. Mak aku pergi pasar, ayah aku keje kat jb, adik aku yang number dua keje kat tempat lintah yang eww, eww tu. Tapi dapat banyak duit tau keje kat situ. Jangan memain. Kaya adik aku sekarang. Uh, adik aku yang num tiga? Tengah sekolah lagi. Darjah lima. Baru lepas sunat. (ok takde kena mengena pun yang sunat tu. mengada.) so, conclusion is aku memang kat rumah sensorang time cuti.
Kawan-kawan sekolah aku? Tak balik lagi sebab UMP, UM  je kot yang tgh cuti minggu ni. University yang lain next week. Pehh, bosannn. Ni pon tunggu sabtu ahad fatehana balik. Sebab dia tiap2 minggu balik. Nak menyendol kata nye. Ehem, minum cendol ok. Jangan salah paham.

Hari sabtu aku pergi muar dengan Aben dengan Fatehana. Dia tak nak lepak cendol atan katanya. Aku tak tahu reasons sahih ape yang dia tak nak tempat lepak regular kteorang a.k.a cendol atan. Pegi mekdi makan makanan lunch. Macam orang kaya tau makan mekdi tengah-tengah panas. *takde kene mengena lagi*. Si Fatehana tu, mula-mula lagi dia dh macam tak konpiden nak drive kete g muar. Kalau aku bantai je. Haha. Bajet, lessen pon takde lagi. Lepas tu aben cakap lah, jangan risau dia tahu jalan muar yang banyak sehala tu. aku yang duduk kat passenger belakang cuma jadi pemerhati. Kahkah.

Lepas puas fikir, then finally we decided jugak pergi muar. Macam takut-takut je muka kitorang. Well, kitorang baik, mne pernah jalan jauh2. *lempang diri sendiri*. You know what? Fatehana ekceli fobia bab parking2 ni, tapi dia dengan jayanya dapat parking kat ground floor Wetex Parade tu. nice beb! (dia yang paksa aku tulis kat sini suruh puji dia) haha. Just kidding. Memang dia power pon bawak kerete. I mean, drive. Kalau bawak, bapak giler kau kuat dia. macam badang makan muntah hijau. Ehh, ape aku mengarut ni. Arghhh.
A few hours later..


Sambil-sambil dalam kereta, banyak lah yang kitorang bualkan, personal matter, lovey dovey, (aku terkecuali sebab aku tak kapel dan tak de orang nak). Banyak rupanya aku tak tahu pasal aben sebab dah lama tak jumpa face to face, ade jumpe tapi dekat sekaip.(SKYPE). Kalau dekat sekaip pun tengok muka masing2 je. Bukan nak bercakap. Cakap pun cover2 sebab ade rumet. Hahahahah. Ehem buat pengetahuan, aben ni perempuan, bukan kelakian. Nama penuh dia Nurul Abidah Najihah, fatehana yang panggil dia aben dari sekolah sampai sekarang melekat.

pstttt, aben yang pengawas pakai spec, fatehana yang tepi sekali pakai name tag. aku? carik sendiri.

Actually cuti ni aku tak pergi mana2 pun. Duduk rumah je. Belajar masak. Mak aku suruh. Aku rase bersalah pulak tetiba tak jadi nak belanja adik aku. Hbes dia buat status kat fb nak perli aku letteww. Ingat aku tak tahu agaknya. Puihhhh. Alhamdulilah, dia dapat result SPM mengalahkan aku. 7A 3B. aku tak ingat dia B ape. Tapi kira ok kalau compare dengan result aku. Aku berapa je. Sekarang dia tengah kaya, ramai bg dia duit. Aku jeles bebehh. Ahh, lantaklah. Haha. Aku rase tu je kot. kalau aku emo, aku tulis lagi. Kbai.

P/s: Whatever path you choose in life, it’s always more comforting to have someone walking beside you in case you get lost along the way.

No comments:

Post a Comment