Daisypath Graduation tickers

Monday, February 27, 2012

happy happy jalan jalan

salam. haha.
minngu lepas aku baru balik dari jalan-jalan dekat sunway piramid main ice skating. :)
best giler. first time kot aku pergi sane.
sepupu aku yang bawak as dia study kat area2 kajang.
dekat beranang. mesti macam tak pernah dengar nama tempat tu sampai kawan aku sampai kena google cari tempat tu. haha.

aku bertolak dari ump hari jumaat pukul 11 pagi, aku turun dekat seremban. sepupu aku kata dekat sikit ngan beranang as kalau aku turun kl, memang jauh la nak ambik, plus traffic jam, sape yang duduk kl tahu-tahu lah.
aku sampai dalam pukul 3 ptg. pheww, penat + haus + lapar. perfect combi.

turun2 je ade pak cik mana ntah suruh aku beli insurans hape ntah.
pehliss laa, aku dah kata aku nak cepat, dia boleh membebel paksa aku suruh beli dia punye insurans.
aku cakap lah, aku pikir dulu mcm mne. eh, dia kata sepuluh ringgit buat starting kira oke lah.
nampak sangat desperate sgt nak duit.
lepas tu aku terus blah. FREAK!

lepas aku smpi tu, sepupu aku terus ajak aku pergi alamanda.
aku ade jugak laa beli buku kat MPH. nak tebus baucer. kahkah. orang lain semua dah hbes guna.
aku spend about rm50 je. tak tau nak beli, nahh, aku beli buku masak. *mama, tolong lah baca, akak beli buku masak.* sebelum ni mak aku suruh pro dalam masakan.ehemm.

then, aku try contact kawan2 aku yang ade kat area2 situh.
contoh: UKM bangi.
fatiha, amat, aku try hubungi. yeahh. diorang free nak jumpe aku. amat ngan fatiha kawan sekolah aku.
makan-makan dekat pizza hut. kejap, tapi macam2 kitorang borak pasal isu semasa. hahaha.
ehemm, amat pun tahu jugak nak bergosip. fatiha dan amat noticed yang aku dah makin gemuk. pipi aku naik kata diorang. aku jogging, tak berkesan ke nak kuruskan pipi? haha.

aku try contact zawawi, mula2 dia on, tapi dia suruh sepupu aku jemput dia as dia tak tau jalan dari bangi ke putrajaya tuh. takut sesat. eh? bape lama ko duk situ? haha
doesn't matter. dia kata bila-bila lah. aku okeh saje.
lepas jalan2 dekat situ, pija ngan kawan dia ika, bawak aku pergi ronda2 putrajaya.

SPLENDID, SUPERB

memang indah, memang romantik. ewahh.
view malam dekat putrajaya buat aku tenang kejap.
eh, macam jakun. really lah. aku suka view dekat masjid putra, tasik. ;)


snap. snap. dekat masjid putra.

boleh pulak pija, sepupu aku sesat jalan dekat putrajaya tu. maybe malam kot. jalan jadi keliru.
sampai umah sewa dia ntah pukul berapa. kihkih.

yeahhh. hari kemuncak untuk aku.
ICE SKATING!
sebelum kitorang pergi tu, pija singgah umah sepupu dia.
ada majlis kesyukuran birthday anak dia.
comel je. baru dua tahun, yang aku tahu nama budak tu falish. 
sempat main belon dengan aku. :)
family dia sangat sempoi and bg aku sangat baik sebab even agak loaded, tapi tetap layan kitorang mcm anak sendiri..lepas makan2 kat umah dia,kitorang terus pergi stesen ktm kat kajang. naik tren pergi subang.

mak oihh, ramai nye.
ari sabtu kan? memang lah.
berhimpit-himpit aku dalam tren tu, ntah mcm mne.
ade satu tempat kosong, ade lelaki offer tempat duduk.
tapi dia berdiri. detik dalam hati aku, baik jugak orang kl ni. :)

lepas tukar tren kat kl sentral, naik terus pergi ke subang. 
even hectic, tapi seems diorang ade jugak nilai-nilai kesopanan. itu yang aku nampak lah.
hehehe.

sampai sunway piramid. kawan pija, ika nak beli baju. pija pon. dia nak beli seluar sebab dia pakai skirt labuh pergi main ski. wat pe?
hahahahaha. aku malas nak beli ape2. aku duduk je kat jusco tu tunggu diorang hbes beli. 

aku rase cuak pulak nak main ice skating sebab aku nampak ade budak jatuh kat ice tuh.
haihhhh, tapi keterujaan aku mangatasi rasa takut aku.
haha. ape lagi, main lah aku kat situ. mak oihh, tak stabil aku bila pakai kasut ala2 roder blade tuh.
jalan macam orang sakit.
aku try jejakkan kaki dekat dalam ice tu.
pheww, tak jatuh. tgh syok2 stabilkan diri kat situ, org yg jge tu suruh aku patah balik sebab aku bawak beg masuk. haihhh. mcm hape.
lepas tu, aku try la main. aku macam spiderman, melekat kat dinding.
mula2 main memang lah. ade lah dapat dalam tiga round.
for beginners, quite good already kan?
kahkakahkah.
*sampai rumah, merungut kaki lenguh, sakit pinggang. sah macam orang tua*





hari ahad ape lagi, balik lah. haha
aku naik bas pukul 11. ntah macam mne plan, aku jumpe zawawi. *yang tak jadi jumpe masa kat alamanda tu* dapat jumpe dia pun kejap je. borak-borak dalam satu jam je.
first expressions dia jumpe aku, dia cakap aku nampak gemuk.
hahhhhhh?? tapi memang betul pun. fatiha dgn amat pon ckp mcm tu. so aku buat2 terkejut zawawi ckp mcm tu padahal dh ramai org ckp mcm tu. nak buat zawawi rase bersalah. *tak paham? takpelah. ignore.*

dia buat aku menyesal sebab tak ajak dia main ice skate hari sabtu tu.
aku mati2 ingat dia busy, so aku tak mesej dia lah.
ade ke dia kata aku kena ajak dia baru dia nak ikot.
hahaha. dia kata lepas ni susah nak jumpe dia sebab dia dah start busy buat final project,
nak buat practical lagi.
aku kata jumpe jelah dekat jb.
boleh, tapi aku kena belanja dia wayang. pehh. kokak duit aku.

dah hbes borak tu, aku naiklah bas nak balik. zawawi dengan pija hantar aku sampai dekat bas.dah macam mak ayah hantar anak dia pergi belajar. hahaha. dan naik bas tu, tiba2 aku rase sayu. ntah kenapa. haha.

aku sampai ump dalam pukul 4 ptg. kira ideal lah waktu tu.
hari isnin (hari ni) ade kuiz thermo. pehhh. terbaik lah kuiz dia.
no komen. hahaha. 

p/s: terima kasih tak terhingga kepada sepupu aku. nur hafiza a.k.a pija dengan kawan dia sebab bg aku duduk rumah sewa diorang selama tiga hari dan bawa aku jenjalan. kenal kl mcm mne. kenal ice skating mcm mane. haha.nak nangis terharu. kihkih. dan tak lupa kepada fatiha, amat, wawi sebab sanggup turun jumpa aku. even kejap, tapi bermakna. ;) thanks guys. rindu kalian.
ade mase aku datang lagi. kalau duit cukup. hahahaha.

p/s 2: kelakar bila ingat balik macam mana aku dengan wawi boleh jadi kawan rapat.
padahal dulu aku tak kenal sangat dia masa dekat matrik.
disebabkan suatu peristiwa... aku boleh kawan dengan dia sampai sekarang. ;D



No comments:

Post a Comment