Saturday, May 7, 2011

budi bahasa budaya kita

 assalamualaikum..

lame kan aku tak post something kat blog aku?
haha.. (tangan didada mata ke atas)
aku terpanggil nak buat post this time kerana


  1. cerita pasal aku
  2. cerita pasal hal sekeliling
  3. isu semasa
ok.. first sekali.. macam2 orang aku nampak sepanjang aku duduk kat universiti ni..
mebi sebab selama ni aku tak pernah stay lama kat negeri orang.
ini kerana aku dapat matrik kat johor dekat ngan rumah aku pulak tu.. memang laa..
lagipun tiap2 minggu aku balik..
nah! campak je baju dalam mesin basuh kat rumah.. haha
pastu dapat makan kat rumah.. jimat duit kot.
kalau kat pahang ni.. dapat ke semua tu? dalam mimpi jelah.. haha

straight to the point..
sebelum tu..aku bukan nak mengata sesiapa.. atau nak mengutuk sesiapa.. jadikanlah apa yang aku cakap ni sebagai pengajaran..

kita sebagai rakyat malaysia.. (kenapa intro skema semacam je?)
kenapa susah sangat nak cakap elok2 atau dalam kata lain berbudi bahasa?
bukan ke sejak sekolah lagi kita dah dididik supaya menghormati orang lain,bersopan santun..
cakap baik dengan orang lain..
tak semestinya bila kita tengah marah kita kena marah orang lain.. betul tak?
memang laa.. kadang2 pun aku macam tu jugak.. tapi kita pandai2 laa balance ok?

since orang lain pun ada masalah juga..
tapi kenapa orang lain harus menjadi mangsa?

cuba tengok situasi ni..

pelajar A: assalamualaikum pak cik.. ada bas pukul 2 tak? kalau ada saya nak naik..

pemandu bas: tunggu jelah!! susah sangat ke?? nanti ada bas masuk.. kenapa kalau ada bas student tak nak naik??????!!!!!! kalau ada baru susah-susah nak telefon.. menyusahkan betul!!!!

pelajar A: errr.... spechless..

berdasarkan pada situasi, pelajar A baru je nak menanya.. bukan nye cakap kurang ajar..
kenapa harus dibalas dengan jawapan sebegitu rupa? haihhh... :-|

benda ni reflect kat kita juga.. kadang-kadang kita juga tak sedar kita terkasar bahasa dengan orang.. tapi yang sebaik nya.. cakap elok sikit kan manis dipandang orang? tak gitu? tak kisah laa kita ni orang biasa,orang kaya,pemandu bas,student,lecturer,atau siapa-siapa je.. BUDI BAHASA KAN BUDAYA KITA..
benda ni peringatan untuk aku juga.. :-)



pasal aku? okeyh next post.. 

ngeh.. ngeh..ape motif gambar ni? okeyh bye!




2 comments:

  1. betul tuh!!!

    kalau kat penang ni lagi la..sabor jela..haa~

    ReplyDelete
  2. haha.. kenapa kat penang tu? emm tau tak peee.. sabor je laa~~ hehehe

    ReplyDelete