Daisypath Graduation tickers

Sunday, January 6, 2013

jalan jalan

sambil sambil review unit operation punya nota *REVIEW LAH SANGAT* tetibe teringin nak update belog.. disebabkan paper hari isnin paper yang mak oi terkejut mak nak susah tahap gaban, aku rasa aku memang patut update belog. aku pun tak tau ape kaitan update belog dengan paper hari isnin. critical thinking please. heh.

..........................................................

krik krik krik

sebenarnya banyak request dari kawan aku suruh mention nama diorang dalam blog ni. hiks, macam femes meletup ke belog aku ni. padahal merendah diri je blog ni macam tuan dia. ah, muntah muntah.

hemmm, oklah aku nak memenuhi permintaan diorang, ade yang hantar via email, facebook, twitter, sekaip, YM, friendster, myspace, ade jugak yang ketuk pintu datang suruh aku update pasal dia.
kesian.

oklah, aku rasa entry kali ni random.

request dari wani (rumet aku):
bak sini aku cerita pasal semalam,
adalah satu cerita aku dan segembala rumet rumet aku pergi ke bandar menaiki Rapid Kuantan yang free sampai bulan april *saje nak mention dapat naik bas free* atas masalah kad atm aku dah expired, dan duit aku dah terkedek kedek kat bank tu. hahaha. tinggal sikit lah. aku kena jugak renew kad aku.
disebabkan sha ada exam petang jumaat tuh, aku pergi dengan wani ngan mira je. lepas exam QA QC yang nokharom susah jugak kemain, berangkatlah kami ke Kuantan.

ingat sampai sampai bank je takde orang, yelah tengahari lepas sembahyang jumaat. tu cuma sangkaan yang boleh disangkal. memang penuh bank XYZ tu, berpasak pasak.
dan dipendekkan cerita aku keluarkan duit pakai buku bank je. senang. wakaka.
nasib baik ada wani yang rajin  bertanya ke pak guard ape kena buat, kalau tak setahun dekat bank tu  terpacak je tak tau nak buat ape. ekekeke. terima kasih wani.

lepas tu misi nak cari makanan. rancang nak pergi terminal dulu beli tiket, memang jadi pergi pun.
lepas beli tiket pergi Teluk Cempedak, beli makanan segera. malas nak bagitau makanan ape. haha.
gila bapa pemalas. lepas soseh soseh dan makan, kitorang pun dengan harapan adelah bas Rapid dekat tepi jalan tu. memang ade engko. dari pandangan jauh kitorang, bas tu macam nak gegerak je, tanpa menoleh kebelakang, macam lari berganti ganti, dan tanpa mempedulikan pandangan orang ramai, berkejarlah kami menuju kearah bas. macam lari marathon 100 meter bak hang. dah laa baru lepas makan, berlari sambil gegelak, perut pun berkocak kocak macam ombak. kahkah. akhirnya kesungguhan kami berbayar. dapat la jugak naik bas.

sempat la jugak aku amek gambar semalam kat Teluk Cempedak.


sebelah sana sabah serawak, kata wani kepada mira


macam nak hujan


dari mana datang sampah kepsi *kot* kat situ? menyibok betul


aikk? macam look alike je dengan yang atas. my bad.


ada lagi sampah kepsi *kot* kat sini. buang la sampah kedalam tong sampah ye kengkawan, iklan tak berbayar.

pheww, walaupun penat. tapi at least dapat jugak aku ke pantai release tension sebab tak dapat perform dekat kertas QA QC, tapi takpe dapat tengok laut, dapat rasa angin laut aku rasa berbaloi sangat walaupun berganti ganti bas, berhimpit himpit macam ketupat. metafora nye.

hari isnin ni killer paper. 
hemmmmmmmmmmmmmmmmm.

good luck kengkawan semua.

p/s: USB cable aku hilang, sape lah yang amek. 









2 comments:

  1. Kaw x rase kaw menipu gile2 ke boleh nmpak sabah srwk dr tc tu? Kakakakakaka =D

    ReplyDelete
  2. aku pun rasa macam menipu giler. nak buat cemana, dah tertulis. agagagaga.

    ReplyDelete