Sunday, October 29, 2023
After Several Drafts
Thursday, January 6, 2022
Welcome 2022...
Have been busy lately and been thinking to write some thoughts here few weeks ago. And here am I, pouring some ideas and might be simplified on what happened last year (2021)?
Covid still hit us up since 2020 and I was not really being affected by the MCO since I have to go to work as usual and I really did not even know what is work from home actually means.
Went to hometown just a few times and that situation really effect my mood since I usually going back to my hometown once in month and pay my visit to Mama`s grave. When I went to my Mama's place, i will sit back for a while and was talking alone, crying hard alone, well i really don't want to reminisce on what i felt because it is REALLY hurts losing someone that who used to be my backbone since ever then. Few months since the MCO has been implemented, i just felt lost, everything is not okay and i was crying everyday.
Just after that, when the MCO implementation was lifted up, not even thinking twice, i packed my things and drove alone to my hometown. About two hours later, I straight up went to my favourite place, I sat back on the grave and just let my tears fall all over the place. i thought i was strong, but i did not act like one. :(
Dear Mama,
8 years have been passed but kakak still here missing you every night wishing that i can meet you in my dream. i wish i can show you what I've got for now. My job, my first owned car, my achievements, my sadness, my silly stories about my friends. I really wish i can share with you all that.
I miss you MAMA, deeply.
.............................................................
Sometimes life might be really sucks, and sometimes the fun will come later or otherwise. That sentence really suits in describing on how my 2021 goes. nothing much i hope for this year on good things to happen or really bound to happen. i will just live my life lively and makes people surround me happy.
Thank you for the memories, the lessons that i have been learnt.
Jatuh bangun diri sendiri disaksikan oleh beberapa orang yang dipercayai, that's more than enough.
Will be back after I got some mood to write something here.
Wednesday, November 3, 2021
Sesuatu
Sunday, August 22, 2021
untittled.
2021.
and i am still alive.
but fragile.
so many things happened to me so far, yet i am still here. updating my blog.
this past few years, pandemic just hits the world. many things were affected. physically, emotionally and not less than that, economy. but i am still grateful. i still have the jobs, got food to eat. i still got my friends. but why i am still feel lonely? it`s just too private to state here.
i believe that everyone has their own struggle, including me.
i have to admit that i have to struggle everyday. i don't feel like i am good enough. to someone, to everybody. i feel like i am a burdened to everyone. lingering around with my unsettled feeling. i have to keep avoiding my love ones. i don't want them to keep getting hurt with my behavior. i am not ready to face everyone. i come to work with my unstable feeling. keep crying everyday. it's suffocated.
that is me, everyday.
did anyone understand my feeling?
i don't think so. they will think that i am crazy and need to seek for help. i don't want all that. i just need someone to understand me. i am traumatized with losing someone that i love, including my mom.
Sunday, December 21, 2014
hye, it's been a while since this blog has spoken out her voice.
eceh.
nothing much, cuma sekarang fokus pada kerjaya. eceh lagi. banyak kerja. stress itu ada. kalau takde tu tipu nak mam sebab mana ada kerja yang tak stress.
kadang2 perasaan insecure ni susah nak buang.
ada sahaja benda yang nak difikir walaupun kau sedang berada di zon yang selesa.
well that's what we called human and life.
bye. good nite
Wednesday, October 22, 2014
tak tahu hari ni, detik detik terakhir cakap dengan mama, jumpa mama melekat macam gam dekat kepala ni. orang kata:
"WEI, DAHLAH, JANGAN DIKENANG ORANG YANG DAH TAKDE."
"BE STRONG"
"SEDEKAHKAN ALFATIHAH"
terima kasih pada yang mengingatkan.
terkilan. banyak benda.
first, tak dapat nak bawak mama pergi tengok konvo aku. hari yang paling dia nak tengok.
second, tak sempat nak tunjuk kat mama yang aku dah kerja.
third, dulu masa sekolah aku teringin nak bawak mama jalan2, aku yang drive, aku yang belanja dia.
after all this while, mama yang selalu belanja aku.
bye. alfatihah untuk mama.
Friday, September 19, 2014
hati mati
Sunday, April 20, 2014
tak kira kecil, atau sebesar mana ujian tu aku kena kuat.
sometimes, i feel like i'm alone even i'm surrounded with many people. alone fighting with all this crazy things evolved around me.
orang nampak aku macam takde pape, but deep inside i'm fighting with my own desire, my own strength.
i smile, i laugh. but sometimes, tears are always keep accompany me.
and i miss mama very much. very much till i want to die.
people keep saying, be strong, be patience. bukan nak kata tak appreciate. thanks for all that support.
but till you are not in my shoes, you totally have no idea what i'm going thru. what i think everyday.
semoga Allah memberi aku kekuatan dan tingkatkan iman. amin.
Saturday, April 12, 2014
hai diri sendiri.
lama tak update. ekeke.
dah nak dekat 2 bulan aku praktikal kat shah alam ni. so far banyak benda dah jadi. aku nak cerita pun macam malaih. *malaih nak taip sebenarnya dan tak gheti nak cerita secara sequence takut korang tak paham*
so basically disebalik semua kejadian ni, aku tau Allah nak uji aku.
Dia nak aku dekat dengan Dia dan selalu ingat dekat Dia.
ujian ni berapa la sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. orang lain lagi hebat ujian dia.
and thanks Allah i think i'm starting to love being myself and know where is the part i stand for.
:)
Saturday, March 1, 2014
praktikal katanya
so ni dah masuk tahun 2014 ke? kahkah still immersed dengan tahun lepas punya cerita punya lah cepat masa berlalu tak sedar diri dah tua kerepot jalan jalan sakit pinggang. tahun ni 23 woih. dulu aku imagine 23 tahun ni memang matured habis lah padahal *tengok diri sendiri* *nangis*.
aku buat ape sekarang?
hai sekarang saya seorang trainee dekat satu company lab kat shah alam ni. *takde gambo*
apa aku buat kat situ?
well ramai gak tanya apa yang aku buat, apa yang aku duk buat kat sana.
aku pun tak reti nak explain sebenarnya the heck diri sendiri punya kerja tak boleh nak explain. hahaha.
sebenarnya macam ni, tempat praktikal aku sebijik macam dekat lab kat ump tu, tapi tak lah sebijik sampai lab assistant pun sama LOL hambarnya. setiap hari akan ada sample, aku ditempatkan kat bahagian organic preparation, masa first week aku mula mula masuk, aku kena kat bahagian environment, so kira macam ko nak test water tu ada kandungan chlorine ke, nak tengok pH berapa, nak tau sulphide ade ke tak. aku kena test benda benda macam tu. kalau nak hantar water sample kat aku pun boleh, tapi aku tengok jelah sebab aku tak reti nak buat. hahahaha. nanti staff kat situ buatkan. aku sempat belajar seminggu je sebelum aku transfer kat organic department.
organic preparation tu hape dul?
ok. kat organic ni aku kena test sample tanah. yang berlumpur, melekit, yang macam ada bau longkang tu aku kena prepare untuk test VOC, SVOC, PAH, TPH sebelum hantar ke bahagian instrument. keje aku menimbang, transfer ke vial, letak solution hemmmm tu jelah. tapi interesting jugak sebab belajar benda baru kan. sebelum ni memang langsung aku tak pernah buat. *apesal aku rasa entry kali ni macam ilmiah sangat je.
aku rasa macam lama gila je praktikal ni. hadap jalan jem lagi. peh. padahal baru 2 minggu.
hectic nya kehidupan ku. tapi kan, sejak aku drive ke tempat praktikal ni, aku rasa aku jadi lebih fokus, kalau dulu tu blur tahap rasa nak tampar je diri sendiri. RASANYA lah. everything happen for a reason kan?
so tu je kot aku nak membebel. kalau ada masa aku update lagi. hihi. bai.
Wednesday, January 22, 2014
FAREWELL UMP
She thinks she’s all alone and all her hopes are gone and so I wrote this song so she can move along.Things were bad. She was in despair. Things were bad and you were never there, but things were bad, she came up for air.She said a little prayer, she found herself. Yeah she’s got light in her face, she don’t need no rescuing she’s okay.Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing she’s okayNo S.O.S. needed, no rescuing, she’s fine out there.Now playing: Rescue - Yuna
She looks into the sky and all her tears are dry she kiss her fears goodbye.She’s gonna be alright. Things were bad. It was beyond repair.She was scare, she couldn’t handle it. Things were bad, but now she’s glad.Can’t you tell that she’s walking on air?
Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.That girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea.
somehow this song totally makes me smile and realized i am that strong until now. who else can motivate me if not my friend, family and me? hehe. goodbye UMP. gonna miss you and the people here. meet again on October 2014.
Don't say goodbye. this is just beginning. internship awaits me. hello shah alam! i'm coming soon. :)
Friday, January 17, 2014
goodbye UMP!
haha nevermind, hidup perlu diteruskan. aku tak sangka petang tadi, paper current topics adalah last paper aku sepanjang aku bergelar degree student. lepas ni internship, and i don't even know how i'm being able to do work. especially at lab, pegang sana gigil, pegang sini gigil. clumsy pun ada aku ni.
dekat tempat orang pulak tu. Allah bless me.
hahahaha aku takut aku tak ready je woih. *self esteem lemah teruk dan gagal teruk*
enam bulan buka sekejap, dalam masa 6 bulan tu macam2 boleh jadi. kalau tanam pokok pun agaknya dah berimbun. pebendeeeee takde kaitan ponnn dengan pokok. hek eleh.
nak buat throwback la kejap memalam buta ni disebabkan aku tak boleh walaupun nebes rasa nak terjun dari bangunan 100 tingkat sebab esok nak jumpa madam amek balik thesis correction. zzzzzzzzzz
Friday, January 10, 2014
my point of view?
aku bukan nak mempersoalkan apa yang dikatakan dekat status terbabit, tapi jauh didalam lubuk hati aku, ingatlah wahai adik adik yang umur jauh dari muda dari aku, jangan jadikan alasan putus cinta sebagai benda yang seolah olah paling menyakitkan dan ujian yang terbesar dalam hidup, ada lagi orang lain yang jauh lagi besar dugaannya dalam hidup ni bukan semata mata sebab putus cinta atau apa. awak tu muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup ni. yang ada ibu bapa tolonglah, tolonglah hargai mereka. jangan langsung ketepikan mereka. kasih sayang mereka terhadap kita jauh lagi besar berbanding dengan kekasih awak yang baru je kenal entah berapa hari, berapa minggu, berapa bulan.
dan aku tengok, status tu macam terlalu give up, terlalu sedih seolah olah benda tu boleh bawa kepada mati.
please open your heart, open your mind. tak salah aku nak cakap kat sini, aku dulu pun bukan lah tak pernah lalui semua ni. aku dulu pun pernah melalui zaman remaja tu semua. hehe. so sekarang ni nak cakaplah aku dah besar? ok main main je. but please, ada banyak benda lagi yang kita belum explore dalam hidup ni. ada lagi cabaran yang Allah nak bagi kat kita yang kita tak tahu boleh hadapi atau tidak.
aku bukan nak bermegah, nak canang satu dunia aku ni kuat.
tapi aku rasa benda ni terlalu remeh untuk dicanang satu dunia, untuk dipertontonkan oleh orang.
bye
Monday, January 6, 2014
unexpected?
Wednesday, January 1, 2014
hai 2014, bye 2013
Friday, November 29, 2013
thesis oh thesis
mihmih. close enough.
sebab mata aku dah juling tengok jurnal, so let's get started.
thesis? ape tew?
ramai orang yang tak cukup tidur kerananya.
ramai orang yang tak lalu makan kerananya.
ramai orang yang mandi tak basah kerananya.
lebih kurang macam orang bercinta. ah. amende ntah.
hari tu aku ada mesej SV aku, Prof M.
disebabkan aku perlukan tanda tangan dia untuk pengesahan membuat analisis untuk sample aku dan memerlukan geran (duit) *satu sample rm42, aku ada dua sample. kira sendiri.
so aku mesej la dia, pot pet pot pet tulis mesej, ada la sejam aku fikir ayat nak mesej dia macam mana. bapa gelabah. akhirnya butang send aku tekan jua. no smiley, no hehe, no haha.
gilo apo nak buat macam tu kat orang atasan?
akhirnya berapa minit kendian, she replied.
and she said, " i cannot approve until i see what you have done. now, i'm out of country".
dan aku macam adkjdshjlskjdsjkdfhbv ape semuaaaa ni, dunia dah berakhir, macam mana nak buat analysis, bla bla bla, mengomel sendirian.
mood sedikit swing, tapi takdelah sampai nak baling kerusi kat rumet sendiri.
lepas tu aku bawa diri ke lab dengan perasaan yang hampa.
tak tau nak buat ape, so aku duduk je kat lab tu main fb.
tak lama lepas tu, aku pun mengadu la kat kawan aku yang satu SV ngan aku. diorang pun macam aku jugak, sedih, tak tau nak buat apa.
lepas tu aku terfikir, boleh tak guna duit sendiri buat analisis tu? boleh enggak?
yang si kawan aku sorang ni takut kalau buat main redah je, tanpa pengetahuan prof, memang dia merajuk, tak nak tanda thesis cemana? cemana weh?
termenung lagi.
tak lama lepas tu, kawan aku dapat satu call dari PA prof, aku dah cuak dah.
ni prof marah ke aku msj dia sebab dia kat obesi, ke aku kacau dia, sebab time aku mesej tu pagi, mana tahu kat sana tengah malam buta sesuka hati aku msej dia. kahkah.
jantung aku macam nak gugur je.
lepas2 je call tu, dia cakap suruh jumpa Dr dot dot ni pukul 3.30 ptg.
pukul 3.30 petang tu, bergerak lah kitorang pergi ke fakulti.
masuk2 je bilik dr tu, dia tanya.
ape sebenarnya masalah korang ni? *FYI: dr ni student Prof masa buat PHD.
peh.
so, kitorang pun explain lah satu2 apa masalah kitorang.
and tak sangka, dia baik orangnya. dia explain satu2 apa yang kitorang patut buat lepas ni.
pheww, kalau lah dr ni wujud dari awal lagi.
KALAULAHHHH.
so settle satu masalah. kitorang hantar sample kat dia, nnti dia yang buat analisis tu.
pengajaran dari cerita ni, kita kenalah bersabar, tak semestinya kita akan dapat penyelesaian tu dalam sekelip mata. nak berjaya tak mudah weh.
so, next week thesis will be submitted.
dan aku punya result tergantung lagi disebabkan result analisis tak dapat lagi. nak analisis ape? analisis pokemon?
kawan aku ramai yang tak tido, ramai yang menangis, ramai yang demam2 disebabkan nak siapkan thesis ni.
aku? fikirlah sendiri. hahahaha.
okbai. selamat malam.
Tuesday, November 26, 2013
dan hai.
nah ambek.
Just 4 reminder:Submit thesis (3 copy) & form: 6 December 2013 before 12pm to Dr. Hazrulrizawati (room no A1-1072)Presentation : 18 & 20 December 2013Good luck!!!
the ultimate stress of the year bebeh.
semoga berjaya hendaknya Projek Sarjana Muda aku ni. Amin.
and for those who makes me wonder who really you are. A stranger?
you totally have no idea what I've been going through.
Sunday, November 17, 2013
khas buat mama.
mama, tanggal 22 Oktober 2013, jam 11.50 malam, mama pergi meninggalkan kami.
petang tu akak sempat berborak dengan mama.
mama kelihatan sihat cuma lemah sedikit.
mama ada pesan sebelum datang hospital, bawakkan surat khabar metro, mama dah lama tak baca surat khabar. maafkan akak mama, akak tak dapat nak tunaikan permintaan mama sebab akak lupa.
mama ada pesan masa dekat hospital, jaga harith, athirah, ayah.
teruskan apa yang mama usahakan selama ni.
mama ada tanya, kenapa susah2 balik?
mama sihat je ni.
akak tak dapat nak bendung kesedihan akak lepas akak tengok banyak wayar dekat dada mama. banyak kali mama pegang dada, urut dada. akak nak menangis depan mama masa tu, tapi akak tahan. akak tak nak mama sedih, ganggu degupan jantung mama. maafkan akak sekali lagi mama, akak menangis depan mama jugak akhirnya.
akak terkilan kenapa akak tak dapat jaga mama malam tu. kenapa?
mama, maafkan akak sebab selama mama hidup, akak banyak buat salah dengan mama.
kadang2 buat mama sedih. akak bukan akak yang baik, bukan anak yang baik.
terkasar bahasa dengan mama, tak satu pendapat dengan mama.
mama, akak rindu dengan mama sangat. sangat.
tapi akak kena redha, kena kuat demi ayah, harith, athirah.
mama tak pernah cakap mama sakit selama ni.
mama selalu cakap mama tak apa2, mama ok je. kenapa mama tipu?
mama selalu senyum, tak kira orang buat mama macam mana.
terima kasih mama, terima kasih diatas segalanya. besarkan kami adik beradik. bagi kami segalanya.
maafkan akak sebab tak dapat nak bagi mama tengok akak konvo.
hari tu mama banyak kali tanya bila akak konvo kan?
maafkan akak sebab tak dapat nak balas jasa mama selama ni bersusah payah besarkan kami, lahirkan kami.
ya Allah, tempatkanlah ibuku dikalangan orang yang beriman, dikalangan orang yang solehah.
sungguh aku berharap padaMu ya Allah.
kini aku hilang tempat mengadu.
maafkan akak mama.
akak terasa sangat kehilangan mama.
akak tengok balik album mama dengan akak masa kecik kecik dulu.
airmata akak tak berhenti mengalir.
akak tahu mama tenang disana. mama bahagia dialam sana. Allah dah jaga mama dengan baik.
takpe, mama selalu ada dalam hati dan fikiran akak.
kalau akak pergi mana mana, wajah mama tak pernah terpadam. mama selalu senyum kat akak. dari kejauhan. akak tahu tu.
akak tahu tanggungjawab akak sekarang, jaga adik adik, ayah, atok.
atok pun rindu sangat dengan mama. selalu sangat sebut nama mama.
harith baru dapat result UPSR hari tu. Alhamdulilah, harith dapat 3A IB IC.
penat lelah mama hantar harith pergi tusyen selama ni berbaloi juga.
harith ada cakap nak pergi kubur mama nak tunjuk slip result UPSR.
akak tahan sebak didada. kuat ke harith nak pergi kubur mama?
mama, dah berapa hari ni akak selalu mimpi mama. tadi akak mimpi dapat cium tangan mama. hari tu akak mimpi tengok mama senyum dari jauh. terima kasih mama datang dalam mimpi akak.
mama tahu kan akak selalu rindu kat mama.
melayan karenah anakmu ini, betapa kuatnya dan sabarnya hati mama.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku.
Alfatihah.
Jamilah Bt Madon (1965-2013).
gambar terakhir bersama arwah mama. :'(
semoga mama tenang disana. satu hari nanti kita pasti berjumpa lagi. :')
Saturday, October 19, 2013
cerita minggu lepas
tak tahu nak buat ape. tak tahu nak tengok cerita apa. hambar punya weekend.
padahal test, kuiz bertingkek tingkek.
so, let's move on composing a new entry. muahahaha.
cerita ni berlaku last week. tak taulah nak kategorikan cerita aku ni kelakar ke, sedih ke, aku pun tak tau.
jap nak gelak kejapp. HAHAHAHAHA.
pada mulanya si fatehana mengajak aku dan meow (bukan kucing) ke rumahnya untuk lepak, makan makan begitu juga nak bagi cerita gumiho (dah berkurun cerita tu dan aku baru habis tengok minggu lepas). masing masing takde hard disk, so nah, berejam aku transfer cerita tu via pendrive.
so, bergerak lah aku kerumah fatehana. sebelum tu aku kena amek meow dulu.
disebabkan aku tak reti nak drive kereta, so aku decide nak naik motor.
masa aku nak check minyak ada ke tak, mak aku lantas berkata, "tak payah nak diperiksa minyak tersebut, cukup je sampai rumah fatehana tu" skema nye ayat lulz. lebih kurang begitulah ayat mak aku. mak aku tak tau aku kena amek meow dulu. rumah meow agak jauh dari rumah aku. masa tu mak aku baru balik dari yasinan menaiki motor. jadi aku yakin minyak cukup secukupnya. mungkin boleh sampai KL.
lepas dah amek meow tu aku tunggang motor dengan muka riak ala ala muka rider. puihh sepuihh puihhnyaa nak jadik rider kunun. *klimaks* lebih kurang dalam setengah km nak sampai rumah fatehana tu, aku rasa macam ada something kat motor aku. tersengguk sengguk. aduh, kenapa pulak ni. detik dalam hati aku. meow steady je kat belakang hahaha sambil menghirup udara segar ketika naik motor.
ngam ngam sampai jambatan biru lagi sikit nak masuk rumah fatehana, enjin mati secara tetibe. ahh, sudah. nak kata minyak habis, mak aku cakap ada lagi. takkan rosak enjin pulak. maklumlah aku kan noob pasal motor, heh segala jenis kenderaan kau noob. eheheh. masa dah terberhenti tu aku tak fikir apa dah. aku cuma gelak dengan meow. hahahahahahahahaha. nak start balik motor pun tak boleh.
tapi aku yakin, motor sedang kehabisan minyak. aku tak tau nak pikir apa dah so aku call Fatehana, lagipun dah nak sampai rumah dia kan? belum sempat cakap aku dah gelak macam orang gila. fatehana pun sama. meow begitu juga. sementara tunggu fatehana sampai dengan kereta dia, aku dengan meow decide nak sorong motor sampai rumah dia. dengan muka malunya, dengan tengah ada lembu. meow pakai baju merah, aku jadi risau. sambil tu boleh gelak lagi. tragis dan dramatik bak hang cerita aku ni. jadi aku dengan meow lelaju lah sorong motor.
tak beberapa lama kendian, fatehana pun sampai, dari jauh dia hon aku sambil gegelak macam tak pernah gelak selama ini. takpe, aku paham keadaan dia. motif telepon fatehana lepas tu suruh amek kitorang? sampai sekarang aku tak dapat nak fikir dan selesaikan sebab masa tu tinggal berapa cm je nak sampai rumah dia. kahkahkah sangat weh. lepas tu dia patah balik. kitorang still sorong motor tu. bersenam katanya.
sampai je rumah fatehana, aku ngan meow macam orang yang baru lepas balik dari lari marathon 100km. penat.. gila..
fatehana masih lagi gelak. dia tanya kenapa? aku cakap habis minyak kot.
dia gelak lagi.
lepas beberapa minit tercungap cungap.
fatehana hidangkan kami dengan spagheti. fuyooo.
sedapppppp!
meow nampak bersungguh ketika makan. kesian dia. kena sorong motor dengan aku.
lepas tu kan, hahahahahaha.
adik fatehana belikan minyak. masa nak masukkan minyak tu, kok kuncinya bengkok.
walahhhhhh. dengan mak ngan adik dia sekali gelak. so, tak boleh nak masukkan minyak. (motor aku manual, bukak tempat duduk tu kena bukak pakai kunci).
aku tak tau nak buat apa. masa tu dah nak dekat maghrib. apalah nasib aku lahai. nasib baik dekat rumah fatehana. kalau rumah orang lain?
masa tu ayah fatehana dah nak g masjid dah. tapi ayah dia sempat tanya kenapa. ayah dia turut gelak bersama. dalam kepala aku, aduhai menyusahkan ramai pihak. sama ada nak pergi kedai kunci nak betulkan kunci atau ayah dia yang betulkan kunci yang bengkok. huk aloh sangat.
rasa bersalah menyelubungi diri.
jadi aku solat dulu dekat rumah dia.
dari depan dah bunyi keletang keletung keletang keletung agaknya tengah betulkan kunci yang bengkok tu.
masa tu dah malam, so aku takut nak bawak motor.
aku call mak aku. confirm aku kena bebel. call adik aku pulak jemput aku. dia ugut suruh belanja cool belog. rasa nak ketuk kepala dia. tapi aku ikotkan je.
sementara tunggu adik aku sampai, kitorang tengok gumiho episod satu.
hahahaha. sambil berbalas tweet sesama kami menggunakan wifi rumah fatehana. kahkah. seronok!.
lepas tu dengan mak mak aku sekali ikot amek aku. hahahaha.
pengajaran: jangan lupa check minyak cukup ke tak sebelum keluar rumah.
gambar takde. hahahaha
Wednesday, October 9, 2013
:)
tapi sempat nak update blog. *kekeke sambil tangan galak meng'scroll' temlen tuihter ngan fesbuk.
mihmih. tengok si patiha tu ada belog macam eksaited pulak aku nak jengah blog diri sendiri.
ayat patiha, pehhh macam fynn jamal bak hang. lebih kurang matluthfi, plus minus ayat macam kat belog andre. kena tenung sampai tembus ladtop, kena pergi makan dulu, amek angin kat luar, fikir sampai tak boleh habis fikir baru boleh hadam dia punya ayat. nice!
aku nak buat ayat cemtuh? kahkah. lari ulang alik jejantas KK4 la i'm gonna bet you.
lusa. *tengok jam*
eh, esok aku balik rumah! jyehaaa.
nak cakap sebenarnya tak sabar nak balik rumah.
tu je.
miss my family and yeah i miss girlfriends too. :)
gonna meet you guys in a lil moment.

























